Friday, May 4, 2012

Sharing is meant to...

"When we don't search for something, we won't get anything..."

Sebagai contohnya kalau kita tidak mencari ilmu pengetahuan, kita akan selamanya berada dalam kejahilan.
Ketahuilah bahawa ketidaktahuaan itu suatu kejahilan.
Sahabat-sahabatku bukan ilmu dunia sahaja yang diperlukan tetapi juga ilmu akhirat. kalau di dunia kita perlu ilmu lulus peperiksaan dan cari kerja, di sana nanti kita perlu ilmu untuk lulus masuk syurga. Bak kata Ustaz Azhar kalau jahil dalam melakukan ibadah maka ibadah kita tidak akan diterima gitu... maka segala yang dilakukan akan menjadi sia-sia. Rugilah kita...
Sahabat, ingat mengingati sesama kita itu perlu, bukan untuk mencari kesalahan sahabat, bukan juga untuk merendah-rendah sahabat tetapi untuk ianya hanya untuk memperbaiki diri. Biarlah kita bersama-sama menuju ke SYURGA ALLAH. Insya-Allah, dan bukan pula berebut-rebut menuju ke NERAKA ALLAH.
Sahabat, sesungguhnya kamu adalah salah satu anugerah berharga kurniaan-NYA, menjaga kamu adalah amanah.
Sahabat, kau teman sehidup semati... Bukan bermaksud bila sahabat mati kelak saya turut mati...BUKAN!, tetapi bersama kita berada di tempat yang diredhai Allah.
Sahabat, mengenalimu adalah suatu kebahagiaan.
Sahabat, menyayangimu adalah suatu kepuaasan kepada diri ini.
Sahabat, bersama denganmu adalah pengalaman yang tidak dapat digantikan dangan wang ringgit.
Sahabat, Sahabat, Sahabat, kau sahabat dunia dan akhirat...
Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan saya...
(~ ^_^ ~) ufufufufufuu~~~

No comments:

Post a Comment